Mission of Mine
learning & never gave up

Hidup seharian

1:49 AM
Hey guys, dah lama tak update blog, tapi alhamdullilah blog reader berjalan. terimakasih haha, sekarang ni aku jarang keluar rumah, jarang lepak lepak, tapi ada benda yang aku bertambah rajin. rajin texting dengan gf tersayang , rajin main Sudden Attack
Read On

Rambut .

3:09 PM


Yeay, genap sebulan aku dah berambut pendek. ramai kawan college yang tak tahu lg sebab aku dah jarang lepak dgn dorg. so kalau aku pggl tu , jgn bugget hot la sial taknak pandang. aku dah kena sekali haritu. aku pulak yang segan . 1st time rasa aku terhegeh2 nak kawan dengan kau even kau tak cam aku time tu. sial lah gemuk. okay aku potong rambut pun sebab tunaikan janji aku kat kawan kawan. ( rujuk FB ) . agak sedih la bila aku jalan jalan tengok mamat rambut panjang , and btw haritu aku jalan Uptown danau kota, design cap dekat sana semakin menarik lah cakap sama lo , tapi , Muhammad Fitri ini sudah potong rambut, Oh daym. And btw, Sekarang aku suka lepak dekat Campus, sebab apakah ? Hahaha, adalah. yang dah tahu. keep it silent please. tak perlu heboh. and thanks pada follower blog aku ni even korang tersesat dari planet mana ntah. 

Oh ya , Sebelum aku lupa, ni Audience blog aku ni pada bulan ni ke bulan lepas entah. Thanks for following my blog =)


Read On

Sudah lama menyepi, kini kembali

9:37 PM
Hey, lama tak update blog do , so aku macam malas nak update coz handphone pun dah tak pakai sebab sim palat buat hal . So sekarang tgh fikir nak ambik new numbers or ambik blk no aku dkt maxis. sementara aku tak pakai phone ni boleh lah kot focus more on study. Sekarang pun student makin ramai, lalai memang tak dapat lah catchup apa yg lecturer ajar. haha. so anything aku akan update blog kembali.
Read On

Bye Bye 2010. Welcome 2011.

3:36 PM
Yawwwww, macam mana malam terakhir korang tahun 2010? cool or sucks ? bg aku both ada. aku bangun tidur pukul 4.30pm. then macam fikir 2-3 kali nak keluar ke taknak. then duduk 15 minit, fikir fikir bosan gila. siap siap gerak kl dari rumah, then jumpa kaum dekat klcc. berangkat gerak pavi. lepak kfc makan makan around 9.30pm gerak depan pavi dance and bak kata far east movement, act like they drunk. hahaha, then lepak lepak. around 12.00pm. lepas countdown. ada sesi baling barang. damn. apa lagi, take a cover dude. hahaha. but kawan aku kena dekat kepala lah. bocor kepala kaumm bhai. daymmmm. hahaha. then kitorang take a move balik gerak klcc. otw balik tu, jumpa real hommies aku. bodoh punya botak. mabuk but tak pandai nak control. dia tak larat la apa la. kesian kat mmbe. pikul dia balik. sampai klcc . lepak kejap. then cakap sapa yang nak balik , balik dulu. aku kesian kat kawan aku ni. then lepak pelita. bagi si mamat botak ni minum air limau. dia cakap nak gerak toilet sebab nak muntah. 10minit hilang. aku check kat toilet takde. pergi cari si botak ni. takde jugak. then ada dalam 2jam jugak cari mamat botak ni mana hilang. aduhh, bikin hal. kawan aku cakap train tutup pkl 3am. then chill lah kan. cari punya cari. dah putus harapan nak balik dah ni. turun tangga pakguard cakap dah tutup. what the fish ? kitorang bertambah putus harapan. then 10minit macam tu. mmber aku call guna public. dia cakap td dia jatuh then tertido. babik betul lah. then tggu dlm 1jam mcm tu. abg dia datang pickup dekat pelita . habis sekali aku kena soal siasat. aduhh, bro kalau gua nak jadi mat gian or kaki mabuk. dah lama gua buat. haish.. sabar je la. hahaa. tu je cerita new year aku. tak best sangat but ada suka , ada duka . itulah hidup .and aku nak share ni mungkin gambar terakhir aku rambut panjang. so take a look puas puas. lepas ni tiada lg FS yang dulu. hahaha


 ok nak tidur. chaoluuuuuu.

FS aka Fitri Sulaiman . 01.01.2011 7.36am
Read On

Im Sorry For,

1:28 PM
Ok aku sedar dah lama gila aku tak updated blog kan, kesian Mission Of Mine aku ni , haha, bukan apa aku tak update blog, sebab busy dengan pelbagai masalah yang tak diundang. and lagi satu pun tengah lepas rindu lepak dengan RZL yang baru lepas habis rekrut TUDM (tentera udara diraja malaysia) woah, memang respect sama lu lah mamak. Selamat Bertugas haha . lagipun still on progress lg sticky 40pages. nak tengok sample ?

ok dah dapat imagine bentuk editing sticky album yang aku buat? baru 9 pages siap , lagi 31 pages kot hahaha, mati fitri mati, Eh Eh, lagipun dah nak new year kan, nak sambut dengan siapa dan dimana? last year boleh lah, now ? lu fikir la sendiri fitri oi.
Read On

Im died softly , did u notice bout it ?

4:01 AM
hahahaha, again fitri, kau jadi mcm dulu. terima kasih semua.
Read On

PWTC

11:47 AM
Aku dipanggil ikut untuk catch momment kawan-kawan yang sedang bekerja dekat pwtc baru baru ini.
aku pun plan nak pegi awal, tak tidur malam tu sebab takut tak dapat bangun pagi, then online sampai pukul 6pagi, rasa mengantuk pulak, kejut mak aku, cakap tolong kejut pkl 8 , then aku pun tidur,

Pukul 8 pagi, Mak aku pun kejut, then call kawan aku, tak pickup, aku rasa mungkin dorang tidur lg kot, so aku pun rileks dulu, baring baring then terlelap ke pukul 10 mcm tu, bangun bangun tgk ada misscall, so aku mandi apa semua, pergi kat pwtc dengan bawak camera 1000D aku yang aku sayang tu.

Sampai sana, kawan aku tunggu dekat depan pwtc, masuk je ballroom tu, tgk Jigg and the gang tgh setup barang. then tangkap gambar sikit, duduk relaks. dorg pun ajak pg makan , makan dekat tepi sungai pwtc, arghh sungai ke longkang tak kisah lah, makan nasi ayam je sebab nak makan nasi lauk mcm tak berapa selera pulak, takut keracunan makanan katanya haha, so lepak kejap then masuk balik pwtc.

lepak sana around 5 mcm tu tgk dorang buat preparation, Ramlah Ram check vocal semua dh okay, semua rileks, then jig ajak makan lg dekat pwtc sana, aduh gemuklah aku Haha, then makan apa semua.

then dalam pukul 8 show start, memang bestlah event dia, Abby Yus jadi Emcees sampingan,
memang lawak habis lah dia tu . haha, then around 11mlm++, kemas barang then pack chow,

kitorang naik cab sebab van dah penuh, lgpun Jigg nak gerak bangi un-load barang sebab Juz nak guna, so ambiklah cab depan Pwtc tu, duduk punya duduk, brother cab ni bukak cerita pasal duit apa ntah, dia cerita mcm mcm, kitorang agak risau dia ni nak menyamun ke apa, bawak cab pun agak menakutkan lah,

then dah sampai lepak jigg studio kejap bg hilang penat , then gerak ke rumah dalam pukul 5pagi.
ni ada gambar sebagai tontonan. 


Read On

kau ada ?

1:42 PM
rajah 1. klik untuk besarkan gambar

Woah, sekarang aku dah ada pembaca blog dari united states lah, bangga ni hahaha. and and kau ada ? :P



Read On

akhirnya

3:16 PM

Yeah, berjalan jugak blog aku akhirnya, so terima kasih jugak pada viewers dan reader yang sentiasa support blog aku, ada orang cakap " lelaki ada blog ? gelinya " tapi aku akan cakap " lelaki takde blog ? kampungnya" haha, jokelah, aku tak kejam mcm tu. aku tak kisah apa orang nak cakap. kalau ikut cakap orang, matilah kita. so thanks korang. rajin-rajin baca tau.




Read On

Benefits

4:43 AM
Pagi tadi Around 1.30am mcm tu, aku check balik photo-photo outdoor dekat titiwangsa 27hb Nov 2010 haritu, So aku pun rasa mcm satu gmbar ni memenuhi cita rasa aku. Kalau korang ajak aku shoot , Aku lebih suka tempat yang agak Buruk sebab tempat cantik memang dah cantik, so mcm mana tempat buruk nak bg cntik ? yeah, tu part yang mencabar yang aku agak suka. Sambung Balik cerita, aku pun edit edit edit, then sampai satu tahap aku rasa gambar ni dah jadi mcm tooning yang aku carik. so guys, ni photo tersebut

So apa pendapat korang ?













Read On

day with ekamil

10:54 AM

Yeah, what a great experience, dlm pkul 9.30am mcm tu mak aku kejut, damn rasa mcm aku dh lmbat untuk shoot pagi ni dengan ekamil , model antara kawan-kawan kolej aku je, so aku pun siap-siap then gerak naik bus ke titiwangsa, sampai-sampai terus pg jumpa ekamil, damn glad bila dia cam aku sebab kau tahu la bro, ekamil mana nak tunjuk muka sangat dekat fb/myspace dia. so then pg jumpa qiela and the gang suruh dorg park kereta then sambil aku jalan dengan ekamil, kitorang pick 1 good place , dia banyak ajar aku dengan qiela semua, thanks bro, so kitorang semua belajar tentang compo. eyes catching and more, rugi la korang tak jumpa ekamil ni, sebab dia mmg low profile and gentle gua cakap dia tak kedekut ilmu. dia banyak ajar aku supaya cool masa shoot , jgn marah marah model, haha, itu saya akan cuba buat bro ha ha ha.

gambar nanti akan di-upload ke flickr or facebook. nantikan okay :)






Read On

Jumpstyle

12:30 PM

Yeah JUMPING is not a crime.

ini lah slogan kitorang dulu dulu pada zaman muda-muda, dulu ada yang kaki shuffle , kaki tektonik tapi aku dengan kawan aku faizul malique ialah gila jumpstyle. kitorang akan keluar pada hari sabtu dan start melompat  di maybank bukit bintang, yeah memang seronok. aku dulu ada masuk 1 team ni, nama team aku Underground Shuffle Squad (u.s.s) , memang seronok lah aku cakap, zaman ni takde org dok taksub sana-sini, semua enjoy, and kurang budak bugget hot mcm sekarang ni, baru menapak dah berlagak mcm kau tu Megan Fox, bahahaa, eh Megan i love you Ok ? and korang nak tengok tak video aku dengan si partner aku ber-jumpstyle? 




okay dah tengok ? haaaa, ni la jumpstyle kalau korang belum tahu, even ada orang malu la konon sebab ex-shuffler semua, tapi aku tak, sebab semua ini lah yg memberikan aku pengalaman yang ada sampai sekarang,

Sekian, trimas :)






Read On

Oh singapore

7:18 AM


Singapore for a week? Mana adil -,- 



Read On

Study Study & Study

12:24 PM

hahaha, jarang dalam hidup aku, aku study and 2 hari lepas, 1st time aku buat note dlm satu kertas a4 untuk aku senang baca time ontheway pegi kolej, tapi agak seronok kot buat benda ni, sebab senang nak hafal dan senang nak ehem hahaha, and ada satu benda je aku malu dengan notes tu, aku ingat paper dia warna merah sebab aku buat notes tu malam malam, rupanya pink, perghh agak malu untuk membaca nya di khalayak ramai, hahahaha.
and that kertas colour and the file, truly its not mine, some one give it to me years ago, thanks ok, its really usefull.



Read On

Kelang-Kabut

11:27 AM


hahahaha, apa punya manusia la ni ? aku tak faham, kepada korang yang faham? motif dia ni apa weh?
 and btw, korang rasa ni perempuan ke lelaki? YEAH salah, ini msg yang aku terima dari seorang laki-laki.
tak silap budak kolej aku kot, mengelabah tak hengat, cool bro, org tak approve sepatutnya kau segan dengan aku, ni boleh bantai kau message aku? blogspot la jawabnye hahahaha



Read On

Total Pageviews

Welcome,

we welcome lovers,
friends, thugs and enemies
at tetikushitam.blogspot.com

ad

Playlist

chat box

Followers